Sunday, 18 December 2011

WARISAN KESULTANAH MELAYU

(1) Sistem pemerintahan negeri Melayu

a) Pentadbiran peringkat negeri

1. Sultan lambang kedaulatan negeri.

2. Sultan miliki kesempurnaan,kebolehan, keistimewaan

3. Kedaulatan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.

4. Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan

5. Unsur kukuhkan kedaulatan sultan – kecemerlangan, keunggulan peribadi dan kepahlawanan sultan

6. Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar

7. Kedaulatan diperkukuh dgn alat kebesaran.

8. Cap mohor diraja – alat kebesaran – mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi kerajaan.

9. Alat kebesaran lain – tengkolok atau destar

10. Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat

11. Warna kuning pada hiasan

12. Payung putih dikhaskan kepada raja

13. Payung kuning digunakan oleh anak raja.

14. Nobat – alat muzik diraja dalam upacara :

i. pertabalan raja,

ii. kemangkatan raja dan kerabatnya

iii. keberangkatan raja ke balairung seri.

15. Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong, nafiri, serunai, dua gendang besar (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).

16. Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap

17. Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam

18. Perintah sultan mestilah dilaksanakan.

19. Rakyat yang engkar dianggap derhaka.

20. Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.

b) Pentadbiran peringkat jajahan & daerah

1. Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar

2. Pembesar dilantik terus oleh sultan.

3. Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.

4. Pembesar taat pada sultan.

5. Tugas utama pembesar jajahan dan daerah :

i. jaga keamanan negeri

ii. pertahankan kedaulatan negeri.

iii. serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan.

iv. sediakan tenaga kerja.

c) Pentadbiran peringkat kampung

1. Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu) :

i. pungut cukai

ii. bekalkan tenaga tentera

iii. kekalkan taat setia masyarakat kampung.

iv. perantara pembesar dan rakyat jelata.

2. Pemimpin kampung lain - golongan agama

3 Tugas golongan agama :

i. penasihat sultan, kadi, mufti

ii. berdakwah,

iii. kendalikan pengajian agama

iv. hasilkan karya agama.

v. menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.

4. Golongan magis :

i. seperti bomoh dan pawing

ii. mahir di bidang perubatan.

iii. berkebolehan menyembuhkan penyakit

iv. mengetahui khasiat akar kayu dan herba.

v. menjadi pemimpin masyarakat kampung.

(2) Sistem pemerintahan Negeri Sembilan

a) Adat Perpatih dan Adat Temenggung

1. Berasal dari Sumatera.

2. Datuk Perpatih Nan Sebatang mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong, Sumatera.

3. Adat perpatih dilaksanakan apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Naning & Negeri Sembilan.

4. Datuk Ketemenggungan – asaskan Adat Temenggung. di Palembang, Sumatera.

5. Adat Ketemenggungan dibawa ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang datang ke Melaka.

6. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Naning dan Negeri Sembilan.

7. Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua adat.

b) Sistem pemerintahan Negeri Sembilan

1. Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar

2. Peranan sama dengan peranan raja Melayu

3. Undang ialah ketua segala luhak atau luak.

4. Empat luak diperintah oleh Undang iaitu Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau

5. Luak lain diperintah oleh Penghulu.

6. Tugas Undang – memilih Yamtuan Besar.

7. Lembaga ialah ketua suku atau waris.

8. Peranan Lembaga :

i. pilih Undang

ii. jaga keselamatan dan keamanan

iii. selesaikan pertelingkahan antara suku

iv. kendalikan pembahagian harta pusaka

v. perantara anggota sukunya dengan Undang.

9. Buapak ialah ketua Perut

10. Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.

11. Buapak-tmpt rujukan adat dan hukum.

12. Hidup bersuku-suku

13. Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.

14. Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih :

i. Anak Buah memilih Buapak

ii. Buapak memilih Lembaga.

iii. Lembaga memilih Undang.

iv. Undang memilih Yamtuan Besar.

15. Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.

16. Mempunyai alat kebesaran diraja

(3) Undang-undang adat

1. Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan

2. Dihafal secara turun-temurun

(a) Adat Temenggung

1. Pemerintahan bercorak autokratik.

2. Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.

3. Peranan sultan :

i. ketua pentadbir

ii. ketua agama

iii. simbol kedaulatan

iv. perpaduan rakyat.

4. Sistem kekeluargaan – sebelah ibu dan ayah.

5. Lelaki menjadi ketua keluarga.

6. Nasab keturunan – sebelah bapa.

7. Perkahwinan – hukum syarak (boleh kahwin sepupu).

8. Pembahagian harta pusaka – anak lelaki

9. Hukuman bertujuan memberi pengajaran

10. Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat mandat.

b) Adat Perpatih

1. Menekankan demokrasi dan permuafakatan.

2. Setiap suku mempunyai wakil

3. Keputusan dibuat bersama.

4. Yamtuan Besar berunding dengan Undang

5. Keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.

6. Nasab keturunan – sebelah ibu.

7. Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.

8. Perwarisan harta – sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.

9. Hukuman bertujuan untuk pemulihan

10. Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.

(4) Undang-undang bertulis

1. Himpunan peraturan, larangan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis.

(a) Hukum Kanun Melaka

1. Dokumen undang-undang

2. Mengandungi 44 fasal.

3. Menggariskan hak dan keistimewaan raja

4. Menggariskan peranan raja dan pembesar.

5. Mengandungi unsur Islam – berkaitan jenayah, muamalah, keluarga

(b) Undang-undang Laut Melaka

1. Peraturan pelayaran & perdagangan.

2. Antara kandungannya :

i. tugas pengawal kapal.

ii. Langkah keselamatan dalam kapal.

iii. Tugas anak-anak kapal.

iv. Penyewaan kapal dagang.

3. Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.

(c) Undang-undang Pahang

1. Digubal masa Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin

2. Kandungan :

i. adat lembaga negeri,keistimewaan raja& pembesar

ii. Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina

iii. undang-undang awam.

d) Undang-undang 99 Perak

1. Berasal daripada Parsi.

2. Digunakan di Perak

3. Terkandung 99 kesalahan dan hukuman.

4. Kandungannya ialah :

i. syarat memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi.

ii. Peraturan adat menghadap & lantik raja.

iii. Hukuman jenayah, undang dan pertanian.

iv. Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan zina.

e) Undang-undang Kedah

1. Terbahagi :

i. undang-undang pelabuhan seperti cukai,

ii. peraturan keselamatan pelabuhan

iii. peraturan timbangan dan ukuran.

(5) Kegiatan ekonomi di negeri Melayu

a) Pertanian

1. Tanaman spt padi, sayur-sayuran

2. Pertanian berhampiran sungai – tanahnya subur dan mudah dapat sumber air.

3. Kawasan delta Sungai Kedah dan Kelantan – kawasan utama tanaman padi sawah.

4. Peralatan pertanian – tajak, cangkul, bajak, tenggala, penggelek, penyisir, pencakar, sabit, ketam padi dan kuku kambing

5. Kerbau – membajak kawasan tanaman padi.

6. Petani membina empangan. Contohnya Terusan Wan Mat Saman di Kedah.

b) Perikanan

1. Mahir membuat peralatan perikanan seperti serkap, tangguk, bubu, tanggul

2. Hasil tangkapan diperdagangkan

3. Lebihan hasil dibuat ikan kering, belacan, budu dan keropok.

c) Kraf tangan

1. Memanfaatkan sumber semula jadi seperti daun mengkuang, daun pandan, dan nipah.

2. Sumber semula jadi dijadikan tikar, bakul

3. Menenun songket dan hasilkan seni tekat.

4. Membuat senjata seperti keris.

5. hasilkan perhiasan daripada emas dan perak

d) Perlombongan

1. Kaya dgn bijih timah & emas.

2. Melombong kerja tradisi orang Melayu.

3. Bijih timah terdapat di :

i. Lembah Kinta

ii. Larut

iii. Dinding dan Beruas di Perak

iv. Sungai Linggi & Sungai Ujong

v. Sungai Bernam, Sungai Selangor dan Sungai Klang di Selangor.

4. Emas di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

5. Guna kaedah mendulang atau melampan dan lombong Siam.

6. Logam bijih timah dijadikan bahan dagangan, mata wang dan perkakas rumah.

7. Emas dan perak – buat barang perhiasan.

e) Sistem percukaian

1. Cukai – bayaran hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan.

2. Cukai menjadi pendapatan pemerintah

3. Sungai – tempat memungut cukai.

4. Cukai labuh batu – cukai yang dipungut di tempat tertentu di sepanjang sungai.

5. Jika cukai dipungut di kuala sungai – dikenali cukai bebas kuala.

6. Cukai dikenakan ke atas barang dagangan yang dibawa masuk melalui pelabuhan.

7. Cukai kepala – cukai kepada rakyat untuk membuat bunga emas (ufti). Diamalkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

8. Cukai tanaman – cukai dikenakan jika mengeluarkan hasil yang banyak.

9. Cukai – lambang kekuasaan pembesar

f) Sistem serah dan kerah

1. Diamalkan olah masyarakat Melayu.

2 Sistem serah – pemberian hasil tanaman kpd pemerintah.

3 Balasan kpd pembesar yang sediakan tanah

4. Kadar dan nilai serahan bergantung kepada hasil tanaman yang diperoleh

5. Kerah – kerja yang dibuat tanpa diberi upah, misalnya membina istana, kubu

g) Perdagangan

1. Perdagangan - jual beli dan tukar barang.

2. Sultan dan pembesar menjadi pemodal.

3. Sultan memonopoli kegiatan perdagangan.

4. Perdagangan – secara berjaja di pasar atau di luar kawasan pasar.

5. Pusat perdagangan – di pelabuhan seperti Melaka, Kedah, Klang dan Johor Lama.

6. Kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan dikenali meramu.

h) Tukar barang dan penggunaan mata wang

1. Sistem perdagangan tukar barang (barter) .

2. Kulit siput geweng & siput gerus – mata wang.

3. Kemudian guna mata wang logam daripada bijih timah dan emas.

4. Mata wang logam iaitu kaleng (calains) drp timah digunakan di Melaka.

5. Di Terengganu, wang emas dan kupang (segi lapan), wang syiling keping atau pitis serta jokoh digunakan.

6. Johor – mata wang emas mas dan kupang.

7. Kelantan – wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis.

8. Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak – mata wang jongkong tampang atau timah

9. Di Selangor – jongkong timah (tampang sebuaya)

10. DiKedah- matawang berbentuk ayam jantan.

i) Timbangan, sukatan dan ukuran

1. Timbangan – ukur berat sesuatu barangan.

2. Alat dacing dan pikul

3. Barangan ditimbang – emas, perak, bijih timah,

4. Sukatan mengukur isipadu sesuatu benda.

5. Alat yang digunakan – kaul, cupak, gantang

6. Barang yg disukat – beras, bijih timah, rempah,

7. Di Kedah, unit relung mengukur keluasan tanah

8. Ukuran anggota badan – sejengkal, sehasta.

10. Masyarakat Melayu mengukur jarak antara kampung dengan kampung lain berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui sungai seperti sepelaung, setanak nasi

j) Pengangkutan

1. Jenis pengangkutan air – jalur, kolek, perahu,

2. Denai penarikan :

i. perahu ditarik untuk sampai ke sungai

ii. hubungkan Pahang dengan Melaka.

iii. masa perjalanan menjadi singkat.

3. Gajah, kerbau, lembu – mengangkut barangan.

4. Sungai menjadi jalan pengangkutan utama

(5) Sosiobudaya

1. Dibahagikan beberapa lapisan sosial dan hierarki kedudukan.

2. Kedudukan individu berubah melalui 2 cara.

i. taraf sedia – pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya.

ii. taraf pencapaian – berubah ke lapisan lebih tinggi kerana kebolehan istimewa atau khidmat baktinya kpd pemerintah.

a) Struktur masyarakat gol pemerintah

1. Kumpulan pemerintah terdiri daripada :

i. raja atau sultan

ii. keluarga dan kaum kerabatnya

iii. pembesar

iv. Ulama

v. pendeta.

2. Sistem penggantian raja berbeza antara satu negeri dengan negeri Melayu yang lain

3. Perak menggunakan sistem giliran.

4. Raja dibantu oleh kaum kerabatnya.

5. Kerabat diraja jadi pembesar didaerah/raja di jajahan.

6. Golongan pembesar (pentadbir) :

i. bantu sultan.

ii. Arah rakyat melakukan kerja awam

iii. Jawatan pembesar disandang secara monarki dan dilantik sendiri oleh raja atau sultan.

iv. Cthnya: jwt Laksamana oleh keluarga Hang Tuah.

7. Kumpulan ulama :

i. ulama tempatan dan luar negeri.

ii. bantu mendidik rakyat berakhlak mulia.

iii. menjadi penasihat raja

iv. sebagai guru agama, kadi atau imam.

8. Golongan pendeta :

i. pakar dalam ilmu pengetahuan.

ii. mahir bidang salasilah raja, kesusasteraan, kebudayaan, dan adat istiadat Melayu.

iii. menjadi pakar rujuk sultan & masyarakat.

b) Struktur masyarakat golongan diperintah

1. Golongan diperintah terdiri daripada :

i. golongan merdeheka

ii. hamba

2. Golongan merdeheka – rakyat biasa yang bermastautin tetap dan orang asing.

3. Rakyat biasa menjadi pedagang, petani, tukang ukir, pembuat senjata, penghibur raja, pelakon sandiwara, pawang, bomoh.

3. Rakyat asing menjadi askar upahan, pedagang dan pelombong.

4. Golongan hamba – paling bawah sekali.

5. Hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.

6. Hamba buat kerja pertanian, perlombongan dan pertahanan.

c) Gaya hidup golongan bangsawan

1. Gaya hidup raja – diamalkan di istana

2. Gaya hidup pembesar - di luar istana.

3. Golongan bangsawan terdiri daripada raja, kaum kerabat dan pembesar

4. Golongan bangsawan amalkan adat-istiadat, bahasa dan cara berpakaian yang tersendiri.

5. Dalam upacara pertabalan sultan Melaka :

i. Bendahara duduk berhampiran singgahsana.

ii. Laksamana dan Sri Bija Diraja bawa pedagang kerajaan.

6. Alat-alat kebesaran dibawa bersama – keris panjang, cogan, tepak, ketur, tempat bara dan kitab al-Quran

7. Dalam upacara kemangkatan raja :

i. jenazah baginda akan disempurnakan mengikut hukum agama Islam

ii. Bendera kuning akan diturunkan dan diganti dengan bendera putih.

iii. Tembakan meriam akan dilepaskan bagi menghebahkan kepada rakyat.

iv. upacara perlantikan raja yang baru

8. Dalam upacara menjunjung duli :

i. dilakukan oleh pembesar sebagai tanda taat setia.

ii. dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja.

iii. Semasa menghadap raja, menggunakan istilah patik dan tuanku.

iv. dilarang menggunakan bahasa dalam

v. mestilah bertanjak, berpancung dan kerisnya hendaklah diselitkan di hadapan.

vi. Orang yang menghadap dilarang memakai kain nipis yang dipanggil kasa.

9. Upacara menyambut tetamu atau utusan :

i. sambutan dibuat berdasarkan kedudukan negara utusan sama ada setaraf atau tidak

ii. Jika taraf negara lebih rendah , maka alat kebesaran dan peralatan sambutan kurang berbanding dengan negara setaraf.

10. Dari segi pakaian diraja, pakaian diraja – dibuat guna emas dan dihiasi permata.

11. Alat perhiasan – pending, dokoh, benkung dan keris.

12. Gaya hidup bangsawan melambangkan status lebih tinggi serta membezakannya dengan rakyat biasa.

d) Gaya hidup golongan rakyat

1. Diamalkan di luar istana.

2. Nilai murni seperti gotong-royong.

3. Di utara Sem. Malaysia, amalan gotong royong dinamakan berderau atau berseraya.

4. Amalan menghormati jiran :

i. Jiran dianggap keluarga terdekat.

ii. Menghormati jiran

5. Menghormati orang lebih tua :

i. dipanggil pangkat seperti pak long, pak ngah dan pak lang.

ii. mencium tangan orang yang lebih tua.

iii. membongkokkan badan dan berjalan dengan tertib di hadapan atau belakang orang yang lebih tua.

6. Amalan budaya ziarah-menziarahi. :

i. Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah.

ii. Tuan rumah mempersilakan tetamu masuk, lalu dihamparkan tikar

iii. Tepak sirih disorongkan dan makan minum dihidangkan.

iv. Sebelum makan, mereka membasuh tangan dan membaca doa, tangan kanan digunakan untuk menyuap makanan.

v. Ketika makan, mereka kurang berbual atau ketawa kerana dianggap tidak sopan.

7. Amalan mementingkan perpaduan, tolong-menolong

e) Kegiatan masa lapang

1. Bangsawan dan rakyat- aktiviti seperti bermain sepak raga, catur, senjata, bersilat, menunggang kuda.

2. Di istana raja, golongan penghibur seperti :

i. tukang cerita

ii. penyair

iii. Penyanyi

iv. ahli muzik

3. Muzik dan tarian yang dipersembahkan – tarian Asyik dan tarian Mak Yong.

4. Rakyat mengisi masa lapang dengan bermain layang-layang, bermain gasing, bersilat, bercerita, berpantun

5. Aktiviti masa lapang memupuk persefahaman dan menajamkan fikiran.

f) Karya persuratan

1. Karya persuratan - melalui tulisan jawi.

2. Karya persuratan ialah bidang agama seperti fikah, usuluddin,

3. Karya lain seperti karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah,

4. Contoh karya – Misa Melayu, Sejarah Melayu, Syair Sultan Ahmad Tajiddin, Nazam Kamzul la, Tuhfat al-Nafis dan Kitab al-Darr al Manzum.

5. Karya persuratan-tambah ilmu pengetahuan.

g) Sastera lisan

1. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita sambil bermain alat muzik seperti gendang

2. Sastera lisan memberi hiburan dan memberi nasihat.

3. Antara sastera lisan :

i. cerita penglipur lara seperti Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal

ii. cerita jenaka – Lebai Malang, Pak Kaduk, dan Si Luncai.

iii. cerita binatang – Sang Kancil dan Harimau, Pelanduk dan Buaya, serta Kura-kura dan Arnab.

iv. cerita dongeng - Puteri Sa’dong, Tasik Dayang Bunting, dan Cik Siti Wan Kembang.

h) Kesenian rakyat

1. Antara kesenian rakyat – kesenian muzik, seni tari, seni suara, seni ukir, seni bina,seni mempertahankan diri.

2. Kegiatan seni mempamerkan bakat dan nilai mutu seni yang tinggi.

3. Kegiatan seni berkumpulan membentuk masyarakat bersatu padu.

4. Seni muzik – Hadrah, gamelan, rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan gong.

5. Seni tari – joget, inang, zapin, kuda kepang, asyik.

6. Seni suara atau lagu – endoi atau dendang Siti Fatimah, ulit anak, nazam, marhaban, nasyid

7. Seni bina :

i. Rumah orang Melayu berbumbung panjang, bertebar layer dan tidak berpaku.

ii. Rotan atau akar untuk mengikat persendian, bahagian dalaman rumah dihiasi ukiran bermotif alam semula jadi.

iii. Reka bentuk dipengaruhi unsur luar.(Di Negeri Sembilan- pengaruh rumah Minangkabau. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang – pengaruh seni bina Siam dan Majapahit.)

iv. Orang Melayu Johor mendapat pengaruh reka bentuk Belanda.

8. Seni ukir orang Melayu :

i. bijak mengukir tembaga,

ii. memahat dan mengukir pintu

iii. membuat mimbar masjid.

iv. Ukiran – corak ukiran timbul, terbenam dan tembus.

v. Tema ukiran berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat.

9. Seni tekat :

i. popular dikalangan Melayu.

ii. guna kain baldu untuk dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga serta pohon.

iii. Contoh:kipas,bantal & balutan tepak sirih

iv. terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

10. Tenunan :

i. tiga jenis iaitu tenunan biasa, benang ikat celup dan songket.

ii. Corak tenunann berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri.

11. Seni mempertahankan diri dan bermain senjata :

i. rakyat mendisiplinkan dirinya

ii. ketahanan diri menghadapi musuh.

i) Adat resam

1. Adat perkahwinan. :

i. Merisik – mengetahui gadis sudah berpunya atau tidak, cincin tanda diberi sebagai tanda setuju.

ii. Meminang – di mana pihak lelaki menghantar rombongan peminangan dgn bawa cincin

iii. Tarikh akad nikah & majlis perkahwinan

iv. Majlis akad nikah – diadakan di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh juru nikah.

v. Majlis perkahwinan – pengantin bersanding di atas pelamin.

2. Adat menyambut bayi. :

i. Selepas seminggu bayi dilahirkan

ii. Kenduri dan upacara cukur jambul iaitu mencukur rambut bayi dilakukan sebagai tanda bersyukur kepada Allah Taala.

iii. Diadakan bacaan berzanji dan marhaban.

iv. Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

3. Adat Berkhatan :

i. Bagi kanak-kanak lelaki yang telah baligh (cukup umur)

ii. dilakukan beramai-ramai

iii. kanak-kanak lelaki akan dimandikan dan diarak mengelilingi kampung.

iv. Upacara berkhatan oleh Tuk Mudim.

j) Pendidikan

1. Pendidikan tidak formal :

i. kanak-kanak mempelajari pantang-larang, adat-istiadat dan adab sopan dr ibu bapa/ orang dewasa

ii. dipelajari secara tidak langsung.

iii. Melalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki.

iv. Berkesan kepada kanak-kanak.

v. kemahiran pertukangan

vi. ilmu perubatan tradisional.

vii. Kemahiran melalui pemerhatian kanak-kanak sendiri.

viii. seni mempertahankan diri.

ix. Kemahiran diwarisi

2. Pendidikan formal :

i. berkembang selepas kedatangan Islam

ii. Pelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam

iii. Diadakan di istana, masjid, pondok, madrasah, surau dan rumah guru agama.

iv. Ada melanjutkan pelajaran agama ke Makkah.

3. Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.

(6) Rumusan

1. Berbangga dengan warisan Kesultanan Melayu Melaka

2. Harus menghormati dan mematuhi undang-undang.

3. Harus mengamalkan budaya kekitaan

4. Meneruskan dan mempertahankan identiti bangsa.

Saturday, 3 December 2011

Pembelajaran Konstruktivisme

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Teori Konstruktivisme menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini adalah dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pensyarah tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan konstruktivis juga menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar melalui proses pembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivis juga percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap pelajar (Briner 1999). Di dalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna.

Selain itu, teori ini menganggap individu melihat dirinya secara aktif dalam pembelajaran ilmu pengetahuan berlandaskan konstruktivisme, dan bukan menerimanya secara pasif. Proses ilmu konstruktivisme mengandungi ciri perkembangan serta evolusi jadi ianya bukan tetap tetapi sering berubah. Di bawah teori ini, ilmu pengetahuan tidak digunakan untuk menjelaskan kebenaran. Sebaliknya, ia digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Oleh itu mengikut teori ini, di dalam sesuatu situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak serupa.

Pembelajaran Konstektual

Kaedah Pembelajaran Kontekstual

APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual?

Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:

  1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
  2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.

Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.

Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.

Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.

Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.

Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu.

Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran.

Bagaimana ? proses pembelajaran konstektual dapat dilaksanakan di dalam pengajaran Perniagaan & Keusahawanan ???

Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

Pembelajaran Melalui Lawatan & Kerja Luar

PENGENALAN

Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be”. Untuk memastikan PLBD dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan PLBD. Pengertian, objektif dan tiga model PLBD yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen ini. Berdasarkan garis panduan dalam dokumen tersebut, Buku Panduan PLBD Ekonomi Asas ini adalah bertujuan untuk membantu guru Ekonomi Asas melaksanakannya dalam matapelajaran Ekonomi Asas di sekolah.

PENGERTIAN PLBD

Garis Panduan PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian PLBD seperti berikut:

“Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif.”

OBJEKTIF PLBD

PLBD boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif PLBD merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:

· Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas;
· Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan;
· Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual;
· Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar;
· Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan;
· Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.
· Menerapkan nilai-nilai murni.

MODEL PLBD

Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:

Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.
Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.
Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)
(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)

PERANCANGAN PLBD

Sebelum PLBD
Semasa PLBD
Selepas PLBD

PERANCANGAN PLBD

Guru
Murid

Sebelum PLBD

Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran)
Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD
Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa
Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD
Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi
Membuat tempahan tempat dan pengangkutan
Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu.
Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid
Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid
Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan
Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti
Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing
Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid
Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll)
Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan
Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat
Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan
Memahami peraturan dan aturcara lawatan
Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Memahami keperluan-keperluan keselamatan

Semasa PLBD

Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga
Memberi bantuan bila diperlukan
Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat
Membuat pemerhatian secara langsung
Mengumpul dan merekod maklumat
Mematuhi peraturan-peraturan lawatan
Berkerjasama dalam kumpulan

Selepas PLBD

Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid
Membimbing murid membuat rumusan
Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti).
Menyusun maklumat yang dikumpul
Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan
Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain
Menyediakan laporan
Menghantar / membentang hasil / laporan
Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)