KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Kaherah, Mesir, meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya kelmarin. Muhammad Amar Zulkifli, pelajar perubatan tahun tiga yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang terbabit dalam kemalangan bersama empat rakannya ketika pulang dari Ain Sokhna, selepas waktu Maghrib, kelmarin (waktu Mesir). Menurut laporan laman web Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (Mesir) kenderaan yang mereka naiki terbabas apabila cuba memotong sebuah lori dan mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.
Muhammad Ammar meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya cedera. Semua mangsa dihantar ke Hospital Kasr El Ainy untuk rawatan lanjut. Mangsa lain dikenali sebagai Abdul Rahman Ramdzan dikatakan patah lengan kanan, manakala seorang lagi, Akram Abdul Kadir masih koma. Bagaimanapun, dua lagi rakan mereka hanya cedera ringan. Jenazah Ammar disembahyangkan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas solat Zohor.
Sementara itu, jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata, jenazah Muhammad Ammar dijangka tiba di Malaysia Sabtu ini. - Bernama

No comments:
Post a Comment