Sunday 10 May 2009

FALSAFAH BARAT

Falsafah Pendidikan Barat boleh dibahagikan kepada dua jenis.1. Tradisional2. Moden
PERENIALISME
Berasal dari perkataan ‘perennial’ yang bermaksud tidak berubah.Pendidikan berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah.
Ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah-ubah.Menyemai unsur rasionaliti.
MATLAMAT
1.Mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat. Abadi dan tidak mempunyai had masa.2.Menyediakan murid-murid untuk menhadapi cabaran yang timbul dalam kehidupan seharian.
ESENSIALISME
Bersifat konservatifBermula sebagai pergerakan falsafah yang sistematik pada tahun 1930an.
Menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap individuMenjadikan masyarakat yang produktifBersifat praktikal dan prakmatik
MATLAMAT
1. Pengajaran maklumat berbentuk fakta2. Proses pembelajaran perlu dihayati dan disimpan3. Mengutamakan penghayatan budaya
SILA BUAT RUJUKAN DI BAWAH UNTUK NOTA TAMBAHAN
http://wahyuniunindrabio2a.blogspot.com/2008/06/aliran-aliran-pendidikan-esensialisme.htmlChoong Lean Keow, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, 2008.

SOALAN TUTORIAL

TUTORIAL M 1
1. Apakah tujuan membentuk jawatankuasa Laporan Barnes?
2. Mengapakah kaun Cina menentang cadangan dalam Laporan Barnes?
3. Apakah cadangan-cadangan dalam Laporan Cheeseman?
4. Mengapakah Rancangan Cheeseman tidak dilaksanakan?
5. Apakah objektif menubuhkan Laporan Razak?
6. Huraikan lima daripada cadangan yang terkandung dalam Laporan Abdul Rahman Talib
7. Apakah tujuan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet.
8. Pada pandangan anda, apakah pro dan kontra dengan melaksanakan sekolah bestari dan sekolah wawasan?
9. Ceritakan sekolah Integrasi dan sekolah kluster.

TUTORIAL M 2
1. Bincangkan cara-cara seseorang guru dapat memenuhi satu daripada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu pendidikan sebagai suatu usaha berterusan.
2. Huraikan tentang lapan unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3. Jelaskan bagaimana guru dapat memainkan peranan dalam usaha memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Guru.

TUTORIAL M3
1. Huraikan kepentingan kefahaman tentang konsep falsafah dan falsafah pendidikan dalam latihan perguruan.
2. Menurut Abdul Rahman Aroff, merumuskan Falsafah Pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai Falsafah EKLEKTISISME. Apakah yang dimaksudkan dgn eklektisisme, berikan penjelasan anda.
3. Setelah anda faham tentang Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat. Cuba anda bandingkan antara mazhab-mazhab tersebut dengan Falsafah Pendidikan di Malaysia.

TUTORIAL M4
1. Apakah matlamat pendidikan dalam Falsafah Pendidikan Confusius?
2. Di dalam zaman Dinasti Sung, apakah elemen yang diterapkan untuk memperkenalkan unsur rasionalisme dalam falsafah pendidikan konfusianisme?
3. Apakah mata pelajaran yang disyorkan dalam aspek kurikulum Falsafah Pemdidikan Ribindranath Tagore?
4. Nyatakan 3 aspek Falsafah Islam.
5. Nyatakan karya-karya Al Farabi.

TUTORIAL M5
1. Nyatakan perubahan yang berlaku akibat perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Apakah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan ?
3. Jelaskan lima cara guru dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap sekolah dalam konteks akauntabiliti.
4. Dalam PIPP teras ke5 ialah memartabatkan profesion keguruan. Sebagai seorang guru, berikan pandangan anda bagaimana cara untuk mengangkat kembali martabat guru ini.
5. Dalam falsafah pendidikan barat terdapat falsafah pendidikan tradisional dan moden. Banding bezakan antara kelima falsafah tersebut.
6. Nyatakan pro dan kontra tentang pelaksanaan PPSMI di sekolah.

TUTORIAL M6
1. Berikan pengertian Modal Insan menurut kefahaman anda?
2. PIPP menekankan pembangunan modal insan sebagai dasar dan matlamatnya, Apakah langkah anda sebagai seorang guru untuk menyahut cabaran ini?
3. Kerjaya guru kini semakin mencabar, apakah persediaan anda untuk menghadapi cabaran globalisasi ini?

TUTORIAL M7
1. Ceritakan 3 orang latar belakang dan sumbangan insan pendidik Barat, Timur dan Negara?
2. Apakah sumber dan inspirasi anda untuk menjadi seorang guru cemerlang pada masa akan datang?
3. Siapakah tokoh insan pendidik yang menjadi contoh dan teladan pada anda, kenapa anda memilih beliau?

SOALAN RAMALAN FALSAFAH

1. Apakah tujuan membentuk jawatankuasa Laporan Barnes?
2. Mengapakah kaun Cina menentang cadangan dalam Laporan Barnes?
3. Apakah cadangan-cadangan dalam Laporan Cheeseman?
4. Mengapakah Rancangan Cheeseman tidak dilaksanakan?
5. Apakah objektif menubuhkan Laporan Razak?
6. Huraikan lima daripada cadangan yang terkandung dalam Laporan Abdul Rahman Talib
7. Apakah tujuan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet.
8. Pada pandangan anda, apakah pro dan kontra dengan melaksanakan sekolah bestari dan sekolah wawasan?
9. Ceritakan sekolah Integrasi dan sekolah kluster.